BISNESFOREX.COM

Blog rujukan berkenaan apa-apa saja yang berkaitan Dunia Forex……Ya ! apa saja.

JOM DAFTAR BROKER WITHDRAWAL TINGGI USD1 = RM4.40 ( KALAU WD USD1000 DAH DAPAT RM4400)

4 Tips ‘Exit’ Dari Pasaran Yang Ramai Trader Belum Tahu.

Ramai forex trader sering kali terlepas pandang 1 perkara ini. Tak dinafikan ramai yang hebat dalam menganalisis pasaran dan dapat mencari entry terbaik untuk sesuatu posisi trade.

Namun, ramai yang masih keliru untuk menentukan bilakah waktu sesuai untuk keluar dari pasaran.

Jadi artikel ini akan berkongsikan 4 tips untuk exit trading anda.

#1 Keluar dari pasaran sebelum TP

Apabila entry sesuatu posisi trade, anda perlu menetapkan di mana level stoploss (SL) untuk tutup kerugian dan takeprofit (TP) untuk ambil keuntungan.

Jika trade anda sudah mencapai jumlah profit yang bersesuaian, tidak salah untuk anda tutup posisi dagangan anda tersebut walaupun harga belum mencecah paras TP yang anda tetapkan.

Ada yang tidak bersetuju dengan perkara ini dengan alasan anda tidak mengikuti trading plan anda.

Namun, memetik ungkapan dari jutawan terkenal dunia Warren Buffet untuk tips pelaburan beliau, peraturan pertama adalah jangan hilang modal anda. Kedua, ulang peraturan pertama tadi.

#2 Keluar sebelum berita berimpak tinggi

Forex trader mengetahui berita ekonomi berimpak tinggi seperti laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat, pengumuman penetapan kadar faedah oleh bank pusat dan sebagainya, berpotensi mempamerkan pergerakan harga luar kawalan.

Anda dinasihatkan untuk mengelakkan trade ketika major news sebegini sekurang-kurangnya keluar dari pasaran 1 jam sebelum data diterbitkan.

Pada waktu ini, teknik-teknik trading hebat pun tidak berkesan untuk menampung pergerakan luar kawalan pada carta harga.

#3 Jangan masuk kembali dalam pasaran apabila anda rugi

Seperti yang ditekankan, kawalan emosi dan disiplin sangat penting dalam forex trading. Trader kebiasaannya akan kecewa apabila posisi trade mereka mengalami kerugian.

Apa yang trader akan lakukan adalah dengan masuk kembali dalam pasaran, berkemungkinan dengan lot yang lebih besar dengan risiko yang lebih tinggi, bertujuan untuk membalas dendam.

Profit yang dikejar sebaliknya menambahkan lagi kerugian yang sedia ada.

Perlu bertenang dan berehat sebentar dari waktu trading anda sehingga emosi anda kembali stabil dan bersedia untuk trader semula.

#4 Keluar awal apabila sentimen pasaran berubah

Trader perlu kerap meneliti perkembangan berita-berita pasaran yang memberi petunjuk awal terhadap sentimen pasaran semasa.

Jika sentimen pasaran dilihat bertukar dan sudah tidak menyokong analisis anda sebelumnya, dinasihatkan untuk anda keluar dahulu dari pasaran dan sediakan analisis terbaru untuk entry yang seterusnya.

Kalau malas nak cari berita yang mana perlu baca, baca je artikel berita di Intraday.my. Dipaparkan berita pasaran setiap hari dan terkini yang telah diringkas untuk memudahkan bacaan trader.

Tips tambahan untuk trader:

Jika posisi trade anda sedang profit, tanya pada diri anda adakah selamat untuk anda tambah posisi (layer) pada waktu sekarang ini?

Jika jawapannya tidak, anda perlu keluar dari pasaran sekarang!

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan semoga anda terus kekal berjaya dalam perjalanan trading anda.

Article sumber : Rizal .Forum FXOpen.

About

View all posts by