BISNESFOREX.COM

Blog rujukan berkenaan apa-apa saja yang berkaitan Dunia Forex……Ya ! apa saja.

JOM DAFTAR BROKER WITHDRAWAL TINGGI USD1 = RM4.40 ( KALAU WD USD1000 DAH DAPAT RM4400)

Apa Kaitan kisah Penjual Pen India dengan Dunia Forex?

Kisah penjual pen

KISAH SI PENJUAL PEN YANG KONSISTEN.
.
.

Brother Ram ni datang dari India, menjual pen di sekitar Seksyen 3, 7 Shah Alam dan Bandar Bukit Tinggi Klang semenjak 8 tahun yang lalu.

Dari dulu sampai sekarang konsisten menjual pen dari meja ke meja makan di beberapa buah restoran. Beliau bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan menaiki bas awam.

Dari hasil jualan pen selama ini, beliau mampu menyekolahkan 3 orang anaknya di India. Seorang berlajar medical, seorang di akademi tentera dan seorang lagi di sekolah rendah. Kalau ada rezki lebih beliau akan pulang kampung setahun atau dua tahun sekali.
.
.

Apa pula kaitannya dengan forex trading?

konsisten-dalam-trading-300x167

Kita trader ni telah sinonim dengan untung besar dan kemewahan. Bila cerita forex je mesti orang fikir untung million million. Bila modal kecil nak kejar untung yang besar, itu yang buat kita sering trade kelaut. Apa sistem sekali pun yang kita buat, jika money management tak jaga, akhirnya terbabas campak ke gaung jugak nanti.

Kiranya kita boleh ubah mindset macam Brother Ram ni, tentu kita boleh konsisten dan dapat sesuaikan dengan “Keperluan hidup” berbanding “Keinginan nafsu” yang tiada batasnya.

Bukannya tak boleh nak kaya raya dengan forex, tapi biarlah cara trade kita tu secara berhemah tidak terburu2 nak cepat2 grow kan account dalam sekelip mata.

Anggaplah trading forex ni sebagai suatu perniagaan yang perlu kita jaga dengan baik walaupun ianya sekadar perniagaan part time sahaja. Semoga kedepannya akan berkembang menjadi modal yang besar seiring pengalaman dan waktu yang berjalanan.

Pedulikan cara orang lain yang terlalu ghairah nak kaya cepat. Kita boleh jadikan mereka sebagai pembakar semangat, tapi kitalah yang perlu mengukur keberhasilan itu mengikut kemampuan diri kita sendiri.

All the best to all of my friends, saya doakan semoga anda semua terus berjaya dan doakan saya juga berjaya hendaknya, aamiiin . . .   Jazakumullahu khoiro.

* Kalau jumpa Brother Ram ni support2lah biz pen dia ye, 5 batang pen RM10.

 

Nota Editor: Artikel ini disuarakan oleh Abdullah Fakhri yang berpengalaman luas sebagai trader Forex. Dengan izin beliau, kami terbitkan semula di BisnesForex untuk bacaan Tuan Puan. Semoga bermanfaat.

Tags:

About

View all posts by