Kisah trader

BISNESFOREX.COM

Blog rujukan berkenaan apa-apa saja yang berkaitan Dunia Forex……Ya ! apa saja.

JOM DAFTAR BROKER WITHDRAWAL TINGGI USD1 = RM4.40 ( KALAU WD USD1000 DAH DAPAT RM4400)

DILEMMA SEORANG TRADER. JOM 30 PIP SAJA

 

30pips

Biasa kan kita bila guna 1 teknik kita trade beberapa kali dan asyik loss jer, kita akan cuba modified teknik tersebut.
Tambah sana sikit, ubah sini sikit.

Ramai trader ibarat kereta rosak aircond, tapi repair radio.
Brake rosak, sport rim ditukar.

Repair dengan tak tahu punca.
Sesedap rasa. Syok sendiri.

Meh saya bagi contoh mudah…
Siapa trader yg kata susah nak dapat 30 pip sehari?
Takde trader yang akan kata susah nak dapatkan konsisten 30 pip sehari.

Cuba kalau 30 pips tu darab usd5.
Sehari dah usd150. Bersamaan rm600.

Katalah sebulan kita trade 20 hari.
Sama dengan usd 3000 atau rm12 ribu !

Oklah, kira trade 10 hari aje dalam sebulan
30 pip aje sehari.
Dah rm6000 sebulan.

Ada 3 masalah trader disini yang trader2 kata “alah kau cakap senang lah.
Betul. Saya setuju.

Trader susah nak dapatkan 30pip SAHAJE dalam sehari. Sebab boleh dapat LEBIH lagi (tapi tak dapat pun).

Trader susah nak trade 10 hari sebulan, sebab kalau boleh nak trade 50 hari dalam sebulan.

Trader takde amount modal yg cukup, untuk masuk lotsize usd5 per pip.

Jadi trader pun carilah teknik yg zero float, ratus2 pips profit.
Dan trader tengoklah chart kalau boleh 27jam sehari.
Dan trader entry lah berlapis-lapis selagi boleh entry, lot gajah lah bagai.

Tapi hasilnya, 12 ribu tak dapat, 6 ribu pun tak dapat. Ok lah, rm600 sebulan pun tak merasa.
Tiap bulan dapat gaji. Depo lagi.

Masak tak sedap, pinggan dipersalahkan.
Dapur gas rosak, peti sejuk yg dibaiki.

Biasa ?

SHARE kawan2 korang bagi diorang baca sama2.
Tak guna kalau gelakkan diri sendiri jer kan 😆

 

ARTICLE CREDIT to Muda Fardzly

#FreedomForexTrader

About

View all posts by →