BISNESFOREX.COM

Blog rujukan berkenaan apa-apa saja yang berkaitan Dunia Forex……Ya ! apa saja.

JOM DAFTAR BROKER WITHDRAWAL TINGGI USD1 = RM4.40 ( KALAU WD USD1000 DAH DAPAT RM4400)

Forex Trader Impian Harus Besar.

Kenapa nak buat kelas?


Kenapa nak buat buku?
Kenapa nak buka hedge fund?
Kenapa nak buat kerja broker?
Kenapa nak buat website?
Kenapa nak buat channel?
.
Kamu kenyang makan nasi je, kenapa nak makan ikan, sayur, udang, sotong, ketam dan daging wagyu?


.
Kalau Warren Buffet fikir macam kamu, tak mungkin dia punya networth US$88.9 billion setakat December 2019.

Kalau Elon Musk fikir macam kamu, dia mesti stop dekat Zip2. Lepas tu goyang kaki tak payah susah-susah buka Tesla, SpaceX, Boring dan lain-lain.
.
Fikiran tu jangan sempit macam kena kepit dengan bang Non sangat, boleh?
.
Pertama, selagi nama kita-kita ni semua tidak tersenarai dalam Forbes atau sekurang-kurangnya 50 orang terkaya Malaysia. Kita masih kena kerja kuat. KERJA KUAT. Cari jalan sampai boleh. Sampai bila nak meratib ekuiti bangsa tak cecah 30% sejak DEB?


.
Kedua, kalau kamu taknak kaya raya pun takpe. Katakanlah kamu nak cukup sekadar ada. Kamu masih kena kerja kuat. Punca pendapatan jangan ada satu je. Bukan untuk orang lain. Untuk kamu dengan keluarga kamu. Kalau kamu sakit, mati, lumpuh atau kena buang kerja?
.
Nak glamer atau tidak berdasarkan pilihan pekerjaan dan industri. Jangan jaki sekat momentum orang yang sedang berusaha merubah nasib mereka dan keluarga mereka.
.
Kesimpulanya – Please. Besarkan hati. Impian itu Gratis.
Usaha itu harus istiqomah. #jalanterus
.

.

Artikel Asal: Puan Nor Akmar Abdullah (Remisier CIMB Securities) Diolah Langsung oleh: Hafeez FX.

About

View all posts by