BISNESFOREX.COM

Blog rujukan berkenaan apa-apa saja yang berkaitan Dunia Forex……Ya ! apa saja.

JOM DAFTAR BROKER WITHDRAWAL TINGGI USD1 = RM4.40 ( KALAU WD USD1000 DAH DAPAT RM4400)

KENAPA 95% TRADER FOREX ASYIK LOSS?

Nota Editor: Artikel ini disuarakan oleh Abdullah Fakhri yang berpengalaman luas sebagai trader Forex. Dengan izin beliau, kami terbitkan semula di BisnesForex untuk bacaan Tuan Puan. Semoga bermanfaat.

MC

KENAPA 95% TRADER LOSS?

Kita semua tahu statistik ini, dan teman-teman saya yang jadi MiB pun cerita hal yang sama. Info dari mereka mengatakan lebih banyak jumlah yang deposit berbanding yang withdraw.

Pernah tak kita berfikir KENAPA?

Dan apakah rahsia 5% trader yang berjaya tu? Rahsianya adalah ilmu RISK MANAGEMENT.

Rata-rata orang yang nak berlajar trade mereka akan berlajar teknik dulu, entry pucuk lah, entry layer fill in the black lah, martingale lah dan macam-macam lagi teknik(maaf saya tidak menyalahkan mana-mana teknik).

Dan para guru pun rata-rata menjadikan SS profit, chart entry pucuk yang dah jalan, duit withdraw, kereta mewah sebagai marketing tools mereka. Kaedah ni memang efektif, dan terbukti berkesan dari zaman tok adam dulu. Kenapa ianya efektif? Kerana dah menjadi dalil bahawa manusia itu kalah dengan harta, tahta dan wanita. Saya tak mengatakan kaedah marketing cara ini salah, tapi biarlah ianya berpada-pada.

Jarang sekali kita melihat guru yang mengedepankan risk management dalam silibus mereka. Kenapa? Kerana secara psychology manusia itu tak suka pada risiko, kalau boleh trade untung selalu. Even kalau floting minus pun mereka takut nak cutloss malah mereka lebih suka hedging.

5% trader yang berjaya tu, mereka bukan hanya mahir dalam trading teknik, tetapi mereka juga hebat dalam mengawal risk management. Yang mereka utamakan bukan entry, tapi mereka lebih berfikir bagaimana jika entry mereka tersasar dan bagaimana mereka mengawal equity mereka agar tidak hangus.

Trade forex ni macam kita drive kereta, nyawa 50/50. Kalau dah pegang stering takde orang lain boleh kawal melainkan kita sendiri yang mengawalnya.

Masa kita nak ambil lesen memandu dulu, terlebih dahulu kita kena ambik ujian bertulis. Kena tahu apa itu lampu isyarat, apa itu double line, apa itu signboard, jalan mana yang boleh masuk, jalan mana yang tak boleh masuk, jalan yang jalan mati dan dll. Setelah kita lulus ujian bertulis ini, barulah kita boleh gi berlajar memandu macam mana nak start engine, adjust side mirror, tekan brake, pegang stering dan sebagainya. Ini semua sama macam trade forex, kita kena berlajar dan kena lulus dulu bab risk management ni, then barulah boleh berlajar teknik apa pun bagai.

Sebenarnya risk management ni topik besar, tak cukup ruang untuk saya tuliskan di sini. Saranan saya, carilah guru yang boleh ajar bab ni dengan baik. Memang ada cikgu yang ajar bab ni, tapi jarang.

Semoga kedepannya arena forex Malaysia akan ramai lagi muncul guru-guru yang mengajar bab risk/money management ini.

#BukanSenangNakSenang

Tags:

About

View all posts by