BISNESFOREX.COM

Blog rujukan berkenaan apa-apa saja yang berkaitan Dunia Forex……Ya ! apa saja.

JOM DAFTAR BROKER WITHDRAWAL TINGGI USD1 = RM4.40 ( KALAU WD USD1000 DAH DAPAT RM4400)

Kisah Benar Dunia Trading: Trade USD400 jadi USD200 juta

USD200juta? Wow..

Hari ini, internet penuh dengan kisah jatuh dan bangun, kejayaan dan kekecewaan di dalam pasaran Forex. Namun anda mesti mendengar kisah ini..satus kisah hebat pelopor perdagangan komoditi yang sangat kaya dan genius, nama dia ialah Richard Dennis.  

Kisah Dennis adalah kisah lagend dunia trading .Pastinya mampu membakar semangat pedagang baru hari ini. Bermula pada usia 23 tahun, Dennis dilaporkan telah meminjam $400 dan menukarkannya menjadi $200 juta di dalam 10 tahun dengan berdagang komoditi. Pada usia beliau 26 tahun, dia sudah pun menjadi seorang pedagang jutawan.

“Prince of the Pit” ini dilahirkan di South Side, Chicago pada tahun 1949, di dalam sebuah keluarga Irish katolik yang agak miskin, di mana bapanya berkerja hanya sebagai pencuci tandas. Dennis menjadi runner di trading floor Chicago Mercantile Exchange pada usia 17 tahun.

Beberapa tahun selepas itu, beliau mula berdagang untuk akaun beliau sendiri di Mid America Commodity Exchange, sebuahtrading floor aras permulaan di mana kontrak “mini” didagangkan. Untuk mengatasi peraturan yang memerlukan pedagang berusia sekurang-kurangnya 20 tahun, beliau berkerja sebagai runner beliau sendiri, dan mengupah bapanya, yang berdagang bagi pihaknya di pit. Begitulah caranya beliau mendapat gelarannya.

Dennis memperoleh ijazah sarjana muda falsafah dari DePaul University, kemudian menerima biasiswa untuk pengajian sarjana falsafah di University Tulane, namun kemudian dia mengubah fikirannya dan kembali berdagang. Dia meminjam $1,600 dari keluarganya, yang mana setelah membelanjakan $1,200 bagi tempat duduk di MidAmerica Commodity Exchange beliau hanya mempunyai modal berdagang $400 sahaja.

Pada 1970 perdagangan beliau meningkatkan jumlah ini kepada $3000, yang menurut kata beliau “berbanding cuma $400… ini baru benar-benar modal pelaburan”, dan pada tahun 1973 modalnya melebihi $100,000. Dia membuat keuntungan $500,000 memperdagangkan kacang soya pada 1974, dan menjelang hujung tahun sudah menjadi jutawan, pada usia hampir 26 tahun.

Jutawan baru ini percaya bahawa perdagangan yang berjaya boleh diajarkan. Untuk menyelesaikan debat tentang itu bersama William Eckhardt, seorang rakan dan juga pedagang, Dennis mengupah dan melatih 21 orang lelaki dan 2 wanita, di dalam 2 kumpulan, satu dari Disember 1983 dan yang lain mulai Disember 1984. Dennis melatih mereka ini, yang dipanggil Turtles, hanya selama dua minggu, tentang sebuah sistem mengikut trend, berdagang pelbagai komoditi, matawang dan pasaran bond, membeli ketika harga melepasi julat terkini mereka, dan menjual bila ia jatuh di bawah julat terkini.

Para pedagang baru ini diajar untuk mengecilkan saiz posisi sewaktu sedang kerugian dan untuk membesarkan posisi untung (pyramiding) secara agresif – sehingga satu pertiga dari separuh dedahan total, walaupun cuma 24% dari modal keseluruhan akan terdedah dalam satu-satu masa. Sistem perdagangan seperti ini akan menghasilkan kerugian di dalam tempoh di mana pasaran bermain di dalam julat, sering selama berbulan-bulan dalam satu-satu masa, dan menguntungkan bila pasaran bergerak besar. Kemudian dia memberikan setiap dari mereka sejuta dolar wangnya sendiri untuk diuruskan. Bila eksperimen beliau berakhir lima tahun kemudian, Turtles dilaporkan telah menghasilkan keuntungan agregat $175 juta. Keputusan yang cemerlang, kan?

Sambil melatih Turtles, Dennis mula menguruskan modal untuk pelanggan-pelanggan perseorangan tetapi keluar dari bidang ini pada 1988 berikutan kerugian besar pelanggan akibat kemelesetan 1987 yang dikenali sebagai Black Monday, beliau  dilaporkan telah kerugian mencecah $10 juta dan total lebih $50 juta kerugian sekitar 1987-1988. Tahun selepas kemelesetan, Dennis memutuskan untuk membawa kekayaan beliau yang sudah menguncup, dianggarkan bernilai $200 juta, dan berpindah ke bidang lain: politik. Beliau menyatakan bahawa sasaran beliau adalah untuk melabur demi perjuangan dan calon yang mencerminkan falsafah yang beliau jelaskan sebagai “campuran idiosinkratik pasaran bebas dan dasar sosial yang liberal”.

SUMBER ARTIKEL : Wikipedia.

KISAH MOTIVASI BAGAIMANA SEORANG TRADER BIASA MEMINJAM $1,600 DAN MENUKARKANNYA KEPADA 200,000,000.00 DALAM MASA 10 TAHUN TRADING KOMODITI .

Lihat Part 2. TEKNIK DAN TAKTIK Richard Dennis

About

View all posts by