BISNESFOREX.COM

Blog rujukan berkenaan apa-apa saja yang berkaitan Dunia Forex……Ya ! apa saja.

JOM DAFTAR BROKER WITHDRAWAL TINGGI USD1 = RM4.40 ( KALAU WD USD1000 DAH DAPAT RM4400)

PART 2: Richard Dennis Teknik ‘TURTLE TRADERS’

Antara terlepas artikel sebelum ini..? Boleh lihat Part1 untuk lihat siapa Richard Dennis.

.

1980, Richard Dennis mendapat nama dalam dunia trading dengan kejayaan beliau menukarkan modal permulaan $400 menjadi $200 juta.

.

Dennis dan partner beliau, William Eckhardt selalu berbincang tentang kejayaan mereka. Dennis percaya semua orang boleh diajar untuk trade futures markets. Manakala Eckhardt agak skeptikal dan menganggap ianya hanyalah Dennis profit kerana beliau ada special gift.

Untuk setelkan debat tersebut, Dennis telah adakan satu eksperimen. Dennis akan buat satu kumpulan dan ajarkan rules beliau, kemudian mereka akan trade guna real money. Beliau betul2 yakin idea tersebut akan berhasil sehinggakan beliau sanggup gunakan duit sendiri untuk eksperimen tersebut.

.

Training berlangsung selama 2 minggu dan boleh repeat. Dennis memanggil students beliau sebagai “turtles” kerana teringatkan turtle farms yang beliau lawat di Singapore dan decide yang beliau boleh grow traders sepantas dan se-efisyen farm-grown turtles.

Dennis meletakkan iklan di The Wall Street Journal dan ribuan orang yang memohon untuk dibimbing oleh beliau. Beliau hanya memilih 14 traders berdasarkan kriteria yang tak diketahui – termasuklah set soalan true-or-false.

.

Sistem Dennis adalah trend-following dan berasaskan breakouts/ breakdowns. Setelah belajar dengan Dennis, Russel Sands menceritakan 2 kelas yang diajar secara personal oleh Dennis berjaya meraih lebih $175 juta sebagai satu group, hanya dalam 5 tahun!.

Dennis mula mendapat perhatian akhbar tempatan seperti Chicago Tribune, the New York Times & Barron’s.

Strategi Perdagangan Richard Dennis

Metodologi Turtle Rules


Trading sistem yang didasari oleh konsep ‘Trend Follower’ diajarkan oleh Richard Dennis atau biasa dikenal dengan istilah turtle rules, mewajibkan sebuah sistem trading yang lengkap harus memiliki 6 hal, yaitu:

1. MARKET/ Pasaran –

Apa yang harus dibeli atau dijual

Keputusan pertama adalah tentang apa yang harus dibeli atau dijual, atau secara asasnya pasaran mana yang perlu kita berdagang. Jika anda berdagang terlalu sedikit pasaran anda mengecilkan peluang anda untuk mengikuti trend. Dalam masa yang sama, anda tidak mahu berdagang di pasaran yang mempunyai volume dagangan terlalu kecil, atau trendnya tidak cukup kuat.

2. Ukuran/Volume/Lot

Penentuan saiz posisi – Berapa banyak harus dibeli atau dijual

Keputusan tentang seberapa banyak harus dibeli atau dijual adalah sangat utama, namun ia sering tidak diberi perhatian secukupnya atau tidak ditangani secara baik oleh kebanyakan pedagang.

Seberapa banyak harus dibeli atau dijual adalah satu aspek yang paling penting dalam perdagangan. Kebanyakan pedagang pemula merisikokan terlalu banyak pada setiap dagangan, dan ini meningkatkan kebarangkalian mereka akan bungkus, walaupun gaya perdagangan mereka betul.

3. Entry point –

bila untuk beli atau jual

Keputusan tentang bila hendak membeli atau menjual biasanya dipanggil keputusan kemasukan. Sistem yang terautomasi menghasilkan signal masuk yang menggariskan harga dan keadaan pasaran yang tepat untuk masuk ke pasaran, sama ada untuk membeli atau menjual.

4. Stop-out –

Bila hendak keluar dari posisi yang kerugian

Para pedagang yang tidak memotong kerugian mereka tidak akan berjaya dalam jangka panjang. Perkara paling penting tentang memotong kerugian adalah untuk menentukan terlebih dahulu satu titik keluar sejak sebelum masuk posisi lagi.

5. Exit point/profit taking –

Bila harus keluar dari posisi yang menang

Banyak “sistem perdagangan”, yang dipromosi sebagai sistem perdagangan lengkap, tidak menyatakan secara spesifik titik keluar untuk posisi yang menang. Namun persoalan bila harus keluar dari posisi yang sedang menang adalah penting untuk keberuntungan sistem itu. Sebarang sistem perdagangan yang tidak menghuraikan titik keluar posisi yang menang bukan Sistem Perdagangan Yang Lengkap.

6. Taktik –

Bagaimana hendak membeli atau menjual

.

Apabila signal telah dihasilkan, pertimbangan taktikal berkaitan mekanik perlaksanaan menjadi penting. Ini adalah lebih penting lagi untuk akaun yang lebih besar, di mana titik masuk dan keluar posisi boleh menyebabkan pergerakan harga yang signifikan, atau impak pasaran.

.

Dari sini kita dapat gambaran, bahwa Turtle Trading System Sistem adalah sistem Trend Follower atau  mengikuti Trend. Intinya jika ingin menghasilkan keuntungan jangan melawan Trend.

Tags:

About

View all posts by