BISNESFOREX.COM

Blog rujukan berkenaan apa-apa saja yang berkaitan Dunia Forex……Ya ! apa saja.

JOM DAFTAR BROKER WITHDRAWAL TINGGI USD1 = RM4.40 ( KALAU WD USD1000 DAH DAPAT RM4400)

Tips Memilih Kelas Forex Utk Newbies

Mendalami ilmu forex secara berguru dan join kelas adalah baik sebab ia boleh membantu memendekkan learning curve berbanding belajar dari pengalaman sendiri.. tapi perlu berhati2 agar tidak terjebak dalam penipuan yang merugikan.. sebelum berkira-kira untuk join mana2 kelas berbayar…. consider these points dulu:

1. Pastikan anda jelas tentang silibus yang ditawarkan. Kalau basic.. apa yang basic? kalau intermediate apa itu intermediate? SnR ka? Trend line ka? Fibonacci ka? at least dapatkan preview dulu sebelum bayar… Kalau mereka tak dedahkan apa yang mereka nak ajar atas dasar rahsia dsb… saya cadangkan anda cari kelas lain. Nak beli kereta lambo pun orang boleh g tgk dulu sebelum bayar…..nak beli makanan pun kita boleh tgk isi kandungan dulu….

 

2. Pastikan yuran masuk akal… Kelas forex yang geniune tidak mengenakan yuran melampaui batas.. Biasanya Yuran bergantung kpd jumlah jam / masa yang kelas… yuran yang mencecah ribuan ringgit biasanya memerlukan kelas jangka panjang dari 2-6 bulan.. atau mungkin tahun.. dan disertakan support system yang bagus.. online dan offline..silibus biasanya dinyatakan dengan JELAS dan tiada unsur-unsur GHARAR yang boleh menimbulkan tahap misterius melampau…

 

3. Dapatkan pandangan dari orang-orang lama dalam industri forex. Kelas Forex yang genuine dan bagus biasanya mendapat review yang baik dikalangan orang lama dalam industri walaupun masing masing ada kelas forex sendiri… amat jarang orang nak mengutuk kelas forex yang genuine ini… sila rujuk dekat forum2 atau google…kalau kelas tu mendapat review yang negatif dari orang-orang lama forex.. berhati-hati lah…

 

4. Jangan mudah terpengaruh dengan testimoni… testimoni dari peserta biasanya telah ditapis… dan biasanya rekaan atau rigged dikalangan group sendiri… apa lagi kalau menggunakan pelakon yang sama untuk 2 testimoni berbeza…

 

Perkongsian artikel dari Tuan Azrin Juarih.

Tags:

About

View all posts by